Pakej Ransangan Ekonomi
Prihatian Rakyat
UMNO SABAH YAKIN RAKYAT BERSYUKUR
: YAKUB
Oleh Sam Hj.Othman
KOTA KINABALU : Pakej Ransangan
Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kelmarin merupakan
suatu tindakan yang berani dalam usaha kerajaan pimpinan Perikatan Nasional itu
membela nasib rakyat tatkala di landa wabak Covid-19 yang meletakkan negara
dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Ketua UMNO Sabah,Datuk Yakub Khan melahirkan keyakinan bahawa
pakej ini adalah pakej yang betul-betul menjiwai rakyat dan rakyat bersyukur
atas keperihatinan kerajaan tersebut.
“Biarpun usia kerajaan PN masih terlalu muda namun barisan kabinet di bawah
pimpinan Perdana Menteri cukup berpengalaman untuk memastikan apa yang terbaik
untuk rakyat.
Kita semua tahu,kita sedang berada dalam PKP yang diakibatkan oleh
penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini mencecah 27 kematian manakala ramai
yang kritikal dan positif Covid-19.
Rakyat menjalani PKP sudah masuk 11 hari dan mungkin juga akan tamat pada
14 April depan tetapi rakyat merasa tertekan selama tempoh tersebut kerana
penjanaan ekonomi dalam keluarga terbantut akibat PKP ini.
Sumbangan kerajaan persekutuan ini bolehlah memberikan nafas baru untuk
seisi rumah dengan jumlah bantuan RM1,600 bagi yang berpendapatan kurang dari
RM4,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Yakub,bagi penjawat awam pula yang menerima tunai RM500 secara one-off melibatkan sejumlah 1.5 juta kesemuanya
(Gred 56 dan ke bawah) dan pesara kerajaan juga menerima jumlah yang sama yang
melibatkan sejumlah 850,000 orang.
“Malah elaun kakitangan kesihatan juga turut dinaikkan kepada
RM500 di samping menerima peruntukkan tambahan RM1 Bilion untuk Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Ini pertama kalinya dalam sejarah,kerajaan mengeluarkan belanja yang begitu
besar demi untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya
berjumlah RM250 Bilion.
Dari pengamatan saya,tidak ada lagi istilah rakyat terpinggir dari menerima
bantuan ini samada mereka itu terdiri dari penjawat awam,swasta,berniaga
sendiri,nelayan,petani,peladang,pekebun,anak-anak muda belia,warga emas,B40
ataupun M40,semuanya bakal menerima bantuan dari pakej yang diumumkan.
Malah samada anda berdaftar dengan eKasih ataupun tidak,anda tetap akan
menerima bantuan tunai ini seperti telah diumumkan oleh Perdana Menteri,” ujar
Yakud lagi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar.
“Banyak lagi kemudahan diberikan dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin
Rakyat ini dalam usaha kerajaan membantu perbelanjaan semasa rakyat malah
segala urusan perbankan dan urusan sewa beli mendapat perhatian selain rakyat
juga akan menikmati internet percuma mulai 1 April ini sehingga tempoh PKP
ditamatkan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu,Yakub turut merayu agar rakyat Sabah turut sama mematuhi PKP
dan berusaha untuk memutuskan rantaian penularan wabak menakutkan ini.
“Semoga Sabah khususnya dan Malaysia amnya,akan pulih sebelum menjelangnya
bulan Ramadhan akan datang ini manakala yang bekerja kembali bertugas,anak-anak
kembali belajar di sekolah,gerai dan kedai di buka semula dan kita bebas semula
bergerak kemana sahaja seperti sebelum ini.
Sama-samalah kita #StayAtHome dan
berusaha mendisiplinkan diri agar gejala wabak ini tidak menular dengan lebih
teruk lagi.
Kepada yang terpaksa keluar untuk mendapatkan barangan keperluan
harian,biasakanlah diri untuk #SocialDistance (jarak
diri antara satu sama lain),pakai penutup hidung/mulut,gunakan sarung tangan (gloves) dan selalulah membersihkan
tangan dengan Hand Sanitizer atau
sabun setiap masa,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment