Tuesday, March 3, 2020

WANITA BANTAH WARISAN-PH+UPKO SERTAI PN
oleh Sam Hj.Othman  

  Datuk Jainab Ahmad  
KOTA KINABALU : Wanita UMNO Sabah hari ini mengeluarkan kenyataan membantah penyertaan WarisanPH dan UPKO ke dalam Perikatan Nasional sekaligus menolak sebarang kerjasama walau dalam bentuk apa sekalipun.

"Kami Wanita UMNO Sabah membantah sekeras-kerasnya jika Warisan dan sekutunya itu berniat untuk menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri.

Tetapi jika mereka ingin menyatakan sokongan terhadap kerajaan persekutuan,itu kami terima supaya rakyat Sabah mendapat manfaatnya," jelas Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid,Ketua Wanita UMNO Sabah.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan media Ketua Pemuda UMNO Sabah Ir.Abdul Aziz Julkarnain yang menolak penyertaan WarisanPH dan UPKO ke dalam PN awal hari ini.



"Memang benar apa yang disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah berkenaan tindakan WarisanPH dan UPKO yang berpendirian menyatakan sokongan terhadap Tun M sebagai calon Perdana Menteri samada sebelum ini mahupun pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

Parti Warisan harus sedar dan soal diri sendir bagaimana kerajaan negeri Sabah ini terbentuk.


Saya ingin sentuh sedikit kenyataan Ketua UMNO Sabah YB Dato' Sri Bung Moktar baru-baru ini yang mengatakan bahawa UMNO Sabah dan komponan BN akan turun padang menemui rakyat di semua peringkat untuk memberikan penjelasan berkaitan keadaan semasa kerana ianya penting untuk rakyat mengetahui  akan perkembangan politik semasa.



Ahli-ahli UMNO dan BN perlu bertenang dan bersabar, kita semua harus bersyukur kerana  kekelutan politik tanah air yang bergolak hampir seminggu telah berakhir, keutamaan kita kini ada lah kepada negara dan rakyat.

Kerajaan PH yg lemah dan telah tidak menjalankan amanah yang diberikan rakyat telah jatuh dan ditumbangkan oleh pemimpin mereka sendiri dan begitu juga dengan kerajaan negeri Sabah hari ini yang kekal untuk tidak menyertai kepimpinan YAB Perdana Menteri ke-8.

Mereka sudah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk terus menyokong Tun M dan sekaligus ini menunjukkan bahawa mereka tidak berminat untuk bersama-sama dengan kerajaan PN hari ini," kata Jainab lagi.



Menurutnya,selain tiadanya kenyataan menyokong Tan Sri Muhyiddin,WarisanPH dan UPKO juga sering mengeluarkan kenyataan 'Tidak Mahu Bekerjasama Dengan Parti Yang Di Landa Rasuah' yang merujuk kepada UMNO-BN malah cytro-cytro belaan mereka sudah mula meniupkan sentimen 'Hudud' di media-media sosial.

"Mereka menuduh UMNO-BN parti rasuah sedangkan belum ada lagi pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang dijatuhkan hukuman,walhal seoalah-olah mereka (WarisanPH-UPKO) adalah parti yang bersih dari gejala rasuah dan penipuan.



Penyertaan PAS ke dalam PN di anggap bakal melaksanakan hukum HUDUD sedangkan para pemimpin PAS sudah mengeluarkan kenyataan untuk lebih mengutamakan pembaikpulihan ekonomi dan pembangunan negara setelah hampir 21 bulan dibinasakan oleh Pakatan Harapan.

Tidak adapun kalangan pemimpin-pemimpin PAS berkata soal Hudud...Ianya ditiupkan hanya di MedSos oleh cytro-cytro upahan PH," ujarnya lagi.

Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kerajaan pintu belakang kerana ianya direstui oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Muhyiddin di lantik sebagai Perdana Menteri ke-8 sekaligus menamatkan pergolakan politik negara yang dicetuskan sendiri oleh Tun Mahathir dan sekutu-sekutunya.

"Ini titah perintah DYMM Yang Di Pertuan Agong untuk melantik sesiapa sahaja pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti...Seharusnya dihormati titah perintah ke bawah Duli Tuanku dan bukannya dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu yang sekaligus mencerminkan betapa biadapnya mereka terhadap sistem Raja Berpelembagaan," jelas Jainab lagi.


No comments:

Post a Comment