Wednesday, March 25, 2020

Corat-Coret Rahman Dahlan
200 JUTA TIDAK MUSTAHAK KETIKA INI


Kerajaan negeri Sabah baru saja mengumumkan pakej bantuan Covid-19. Terima kasih.

Malangnya saya rasa peruntukan terbesar dalam pakej iaitu RM200 juta untuk projek infra struktur tidak menepati sasaran yang mustahak ketika ini.

Sasaran yang getir sekarang ini ialah membantu rakyat Sabah yang tidak mampu membeli barangan makanan dan yang hilang pendapatan.

Memanglah memperuntukkan RM200 juta untuk projek boleh mengerakkan ekonomi dan ada kesan spillover effect kepada ekonomi. Tetapi bukan itu yang menjadi keutamaan. Ini bukan masanya. Itu boleh dilakukan selepas krisis Covid-19 ini telah reda.

Bayangkan apa cabaran dan masalah oleh RM200 juta ini:

1) projek kerajaan perlu prose tender, pemilihan, pemantauan. Berapa lama proses itu?

2) projek pasti berjalan beberapa bulan. Selepas itu proses claim pula akan memakan masa. Berapa lama duit boleh sampai ke tangan kontraktor dan rangkaian bisnes dia?

3) siapa yang menganalisis tender, meluluskan dan memantau projek ini? Jabatan kerajaan banyak yang kena lock down ;

4)  hanya segelintir kontraktor yang akan dapat manfaat. Beratus ribu orang yang memerlukan bantuan tidak dapat ;

5) sudah tentu projek fizikal memakan masa dan kitaran wang daripada projek ini terhad. Kalau bantuan tunai kepada orang susah, kitaran wang dalam ekonomi tempatan akan lebih cepat dan ramai yang merasa bila kitaran wang itu bermula. Kedai runcit, kedai makan, kedai serbaneka dan macam macam lagi akak mendapat manfaat.

Saya harap kerajaan negeri dapat menukar tujuan RM200 juta itu dari projek infra kepada bantuan kemanusian.

DARD
24.03.20
Tuaran.

No comments:

Post a Comment