Thursday, March 26, 2020

JANGAN AMBIL RINGAN KEPENTINGAN RAKYAT : STAR  

Kenyataan Media 
Ketua Penerangan Negeri Parti Star Sabah
Jeffrey Kumin 26 Mac 2020


Pengumuman Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah dialu-alukan namun agak terlambat - StarSabah

1. Pihak Parti StarSabah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Warisan diatas pemberian pakej bantuan covid-19 biarpun agak lambat diumumkan dibanding dengan negeri2 lain. 

2. Kerajaan seolah-olah mengambil ringan tentang kesan wabak covid-19 keatas ekonomi dan kebajikan rakyat kerana hanya bercadang mengumumkan pakej bantuan pada bulan April namun apabila didesak oleh pihak pembangkang barulah mengumumkan dengan tergesa-gesa.

3. Walaupun Kerajaan Sabah lebih awal membuat larangan untuk pelancung2 daripada negara china untuk memasuki negeri ini, pihak kerajaan sepatutnya menyediakan dan melaksanakan pelan ransangan lebih awal sebab ekonomi Sabah amat bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancungan.

4. Sebelum wabak covid-19 sampai ke Sabah, sudah banyak hotel, homestay, tempat-2 pelancungan, restoran-2 dan pusat membeli belah  terjejas teruk perniagaan mereka namun pihak kerajaan belum membuat apa2 tindakan membantu mereka dan tiada juga usaha untuk menolong beribu-ribu pekerja dalam sektor pelancungan yang telah diberhenti kerja atau dipaksa mengambil cuti tanpa gaji. Mungkin pihak kerajaan fikir kesan negatifnya amat minimal dan yakin kesannya hanya sementara.

5. Mengesa kerajaan agar mengutamakan dan menyediakan pelan secara terperinci membantu pengusaha-2 pelancungan dan pekerja2 yang terjejas pendapatan mereka lebih awal apabila negeri Sabah bebas daripada wabak covid -19.


6. Peruntukan bantuan E kasih kepada penduduk miskin dan miskin tegar amat sedikit. Peruntukan ini harus ditambah lebih banyak lagi disebabkan banyak penduduk negeri Sabah didalam kategori ini yang tidak memiliki pendapatan tetap terutama yang bekerja sendiri. Banyak penduduk kampung yang miskin dan miskin tegar terutama kawasan pendalaman Sabah mengeluh tidak menerima bantuan disebabkan pihak kerajaan sentiasa tersasar tumpuan dan mereka ini seolah-olah sengaja dipinggirkan disebabkan sokongan mereka kepada pihak pembangkang. 


7. Minta pihak kerajaan menyalurkan bantuan E kasih tanpa pilih kasih. Bantulah penduduk miskin ini tanpa mengira kaum dan pegangan politik mereka.

8. Bantuan Rm300 one off kepada golongan berpendapatan rendah juga tidak mencukupi. Sepatutnya golongan ini diberi bantuan sebanyak rm600 sebulan untuk tempoh tiga hingga enam bulan. Ini disebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah ini mengalami kesulitan, tanggungan dan beban untuk membayar sewa rumah, pinjaman motor dan kereta apalagi menyediakan perbelanjaan sekolah anak-anak mereka. Banyak mereka terpaksa berhutang kepada peminjam tak sah yang mengenakan bunga yang sangat tinggi.


9. Meminta agar pihak kerajaan mengalihkan peruntukan sebanyak Rm200 juta untuk tujuan menambahbaik kemudahan asas dan infrastrukur luar bandar untuk membantu penduduk miskin, miskin tegar dan golongan yang berpendapatan rendah ini.

10. Ini bukan masanya yang sesuai untuk menambahbaik kemudahan asas dan infrastukur luarbandar ditambah lagi proses memulakan projek kecil-kecilan ini memerlukan masa yang lama dan kelulusan daripada pihak-2 tertentu.

11. Pihak kerajaan juga digesa agar meminta bantuan daripada syarikat2 besar untuk memberi sumbangan kepada kerajaan untuk membantu ekonomi dan kebajikan rakyat negeri ini. Sekiranya mereka dapat memberi sumbangan beberapa juta kepada negara China sewaktu negara itu dilanda wabak covid-19, tiada mustahil mereka tidak dapat memberi sumbangan kepada negeri kita dimana mereka sudah mendapat keuntungan yang banyak. Ini sepatutnya menjadi suatu kewajiban kepada syarikat-2 besar ini membalas budi kepada negeri ini.

No comments:

Post a Comment