PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN : JEFFREY
Oleh Sam Hj.Othman
KUALA LUMPUR : Anggota Parti Star Sabah serta seluruh rakyat negeri ini di minta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac.
Timbalan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Datuk Dr Jeffrey G.Kitingan berkata,amaran berkenaan juga turut melibatkan kesemua pergerakan pelancongan tempatan dan aktiviti riadah bagi tujuan membendung penularan wabak Covid 19 yang semakin meruncing masa kini.
"Hentikan lah dahulu sebarang aktiviti beriadah ke tempat-tempat tumpuan ramai buat sementara waktu ini untuk kita bersama-sama membendung penularan Covid 19.
Tindakan ini mungkin memberikan kesan yang agak besar kepada industri pelancongan di Sabah tetapi keselamatan dan nyawa itu lebih utama," katanya lagi.
"Anggota Star Sabah sudah dimaklumkan berkenaan perkara ini sebagai langkah berjaga-jaga dan di minta untuk menyampaikan Perintah Kawalan Pergerakan ini kepada semua ahli di seluruh negara.
Sebarang pertemuan dan mesyuarat juga dibatalkan atau di tangguh buat sementara," jelas beliau yang juga merupakan Presiden Star Sabah.
Menurut Jeffrey,aktiviti gerakan yang tidak punya tujuan penting juga perlu diberhentikan dan terima saranan kerajaan untuk berada di rumah masing-masing selama tempoh perintah berkenaan.
Gunakan kemudahan yang seperti aplikasi whatsapp atau telefon bimbit untuk berhubung dengan rakan atau keluarga.
"Jangan lah ambil kesempatan untuk balik kampung sepanjang 14 hari ini kerana secara tidak langsung,peratusan tularnya wabak tersebut lebih tinggi untuk menjangkiti keluarga di kampung meskipun tiada simptom-simpton kelihatan pada diri kita.
Kasihani saudara kita di kampung dan bersamalah kita bersabar dalam tempoh berkenaan.
Alangkah lebih elok kita berada di rumah bersama anak-anak dan isteri,memasak bersama,makan bersama kerana pada hari-hari sebelum ini,kita jarang meluangkan masa untuk bersama kerana sibuk bekerja," ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment