TETAP BERSAMA DDJK,KATA KB STAR PINTASAN
oleh Sam Hj.Othman
KOTA BELUD : Seluruh MT dan ahli Parti Star Sabah Bahagian DUN Pintasan Kota Belud menyatakan pendirian untuk tetap bersama-sama dalam perjuangan Datuk Dr.Jeffrey Kitingan biarpun presiden parti itu sering dilemparkan dengan berbagai tohmahan,sindiran dan tuduhan.
Ketua Bahagian Star Sabah DUN Pintasan,Dato Sri Raplin Samat menegaskan bahawa apapun keadaan dan apapun keputusan yang di ambil oleh Jeffrey,akan di sokong sepenuhnya kerana Presiden Star Sabah itu memiliki kewibawaan yang tinggi,pengalaman yang luas dan sudah masak dengan sepak terajang dunia politik.
"Ramai yang sering mempertikaikan kreadibiliti Datuk Jeffrey terutamanya di kalangan pihak lawan malah ada yang sering meremehkan apa sahaja langkah yang di ambil oleh Jeffrey sedangkan khalayak mengetahui kebenaran di sebaliknya," jelas Raplin kepada Sabah_OnlineNEWS di sini.
Sebelum DYMM Yang DiPertuan Agong mengumumkan nama Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 baru-baru ini,nama Jeffrey melonjak naik dan dimanipilasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang berjaya menimbulkan kekeliruan umum tentang di pihak manakah Jeffrey melabuhkan sokongan.
"Memang benar Datuk Jeffrey pada mulanya menyatakan sokongan terhadap kem Tun M,yakni pada awal kemelut politik negara itu mula membara.
Tetapi apabila Tun M meletakkan jawatan dan Bersatu pula mencalonkan Tan Sri Muhyiddin,Star Sabah menyokong dan sekaligus menolak pelawaan kem Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apa yang menyebabkan kekeliruan ini ialah ketika Akaun Bersumpah (SD) yang pada awalnya ditandatangani oleh Jeffrey untuk menyokong Tun,telah di guna pakai semula (recycling) semasa Tun tiba-tiba mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri ke-8," jelas Raplin lagi.
Menurutnya,inilah yang menyebabkan nama Jeffrey disenaraikan dalam SD Tun Mahathir sedangkan pada hakikatnya,sokongan Jeffrey sudah pun beralih kepada Tan Sri Muhyiddin pada hari Tun Mahathir bukan lagi Pengerusi PPBM Bersatu.
"Presiden Star seorang yang bijak dan telah memilih untuk bersama-sama Tan Sri Muhyiddin manakala kami di Sabah pula,khususnya di DUN Pintasan ini,menyokong sebulat suara atas pendirian Datuk Presiden," ujar Raplin lagi.
banyak typo juga ni.,.
ReplyDelete